Thursday, February 10, 2011

Wartawan manipulasi artis untuk jual cerita.

KUALA LUMPUR, 10 FEB, 2011: Pengacara, pelakon dan penyanyi dangdut popular Ifa Raziah kecewa dan terkilan dengan tindakan sebuah portal hiburan yang dianggap cuba memanipulasikan kisah dirinya berkenaan isu memaki hamun dan marah-marah di dalam akaun Twitter peribadinya.

Terkejut dengan apa yang dilaporkan, kata Ifa, apa yang ditulis tidak seperti yang apa diperkatakan dan jelas portal tersebut mempunyai agenda untuk menjatuhkan dirinya.

"Saya tak faham kenapa, portal hiburan tersebut panjangkan isu ini. Memang, wartawan daripada portal hiburan tersebut ada menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan tentang perkara itu tapi saya kecewa apabila ada yang saya tak cakap, dia pandai-pandai tulis. "Saya tak sebut pun siapa yang saya marah atau maki dalam twitter saya, tapi wartawan tu telah tulis nama si polan tersebut dan siap pulak letakkan pula gambarnya sekali.

"Lebih mengecewakan saya ialah dia juga turut letak pula segala status twitter saya yang marah-marah serta bergaduh dengan peminat. Kenapa tak diletakkan sekali status twitter saya yang dah berdamai dengan peminat. Apa motif mereka buat begitu dan seolah-olah ada agenda nak jatuhkan saya," katanya kesal dengan apa yang berlaku.

Perkara tersebut timbul setelah baru-baru ini Ifa meluahkan perasaan di twitter tentang rasa ketidakpuasan hatinya terhadap si polan tersebut serta turut berperang twitter bersama peminat hiburan yang bukan pengikutnya.

Kata Ifa, dia amat kecewa apabila portal berkenaan menulis isu pergaduhannya bersama pengikut twitter disebabkan oleh status marahnya pada si polan tersebut, padahal pergaduhannya bersama mereka adalah disebabkan perkara lain.

"Sepertimana yang diketahui ramai, peminat saya seringkali menggelarkan diri saya sebagai diva, Ratun Suntik dan sebagainya. Namun, segelintir peminat yang bukan pengikut saya tidak boleh terima hakikat ini. Mereka juga marah. Sebab bagi mereka gelaran diva hanya untuk Datuk Siti Nurhaliza dan Azwan Ali sahaja bukan untuk saya.
"Mulanya saya rasa bengang juga dengan tindakan mereka itu. Tapi, kemudian saya cuba bersikap cool. Saya tanya mereka semula, apa salah mereka membenci saya hingga tahap sebegitu. Lagipun, bukan saya yang minta diberikan gelaran diva.
"Akhirnya selepas menjelaskan segala-galanya, saya mula faham mengapa bersikap begitu. Saya katakan saya tidak mahu gelaran diva itu. Cukupkah kalau mereka anggap saya ni Ratu Suntik. Bila dengar saya cakap macam tu, mereka happy. Akhirnya, saya okey, mereka pun okey dan kami pun berdamai. Malah, mereka juga sudah mula menjadi pengikut saya di Twitter.

"Tapi, episod berdamai itu tak pula dicerita, itu yang membuatkan saya sangat kecewa," jelasnya.

Mengulas mengenai kemarahan dalam twitter terhadap si polan yang dimaksudkan, tutur pelantun lagu Ser Ser Ser ini, apa yang ditulis itu hanyalah luahan perasaannya.

"Saya rasa semua orang tahu twitter adalah platform itu sesiapapun meluahkan apa yang ingin mereka luahkan. Jadi apabila saya marah atau maki mesti bersebab dan terpulang pada saya untuk nak tulis apa pun. Tapi itu hanyalah luahan perasaan saya dan saya tak pula mengatakan kemarahan itu ditujukan kepada si A, B atau pun C.
"Mungkin, semua ini berpunca daripada sikap saya sendiri yang tidak dapat nak kawal kemarahan. Saya rasa itulah kelemahan saya yang paling besar. Tapi selepas dinasihatkan oleh segenlintir peminat, saya kembali cool. Yelah, saya ni manusia biasa. Manusia yang tak perfect. Kadang-kadang, ada benda yang saya tak dapat nak kawal kemarahan saya.
"Saya pun bukanlah manusia yang pandai. Saya pun tak belajar tinggi dan saya tahu ada segelintir pihak yang labelkan diri saya sebagai artis yang bodoh. Tapi, saya juga seorang yang cepat sedar dengan kesilapan saya. Dan, pada waktu yang sama saya kembali cool dan dapat kawal kemarahan saya. Tapi, perkara itu juga tidak diceritakan. Sedangkan, ia ada dalam facebook saya. Apa yang orang nampaknya hanyalah keburukan atau kejahatan saya. Itulah yang saya sangat-sangat kesalkan.
"Apapun, saya ingib berterima kasih kepada peminat yang masih terus menyokong kerjaya seni saya. Kepada mereka yang terasa, saya minta maaf. Hal itu bukan saja tujukan buat mereka. Niat saya, hanya nak berbaik dan berdamai. Tentang saya dan si polan itu, biarlah mahkamah saja yang menentukan. Saya mahu segalanya berakhir dengan baik dan elok," katanya.

sumber : murai.com 



NI.. kalau ifa tuju kat zubir gerenti kene kejar la ngan jubir tu..

No comments:

Post a Comment