Tuesday, February 15, 2011

USAHSOSEH : Wartawan Xterima kenyataan sinis wakil artis Malaysia..




BERLAWAK spontan dan membuat lawak secara serius menjadi dua perkara berbeza. Selalu berlawak spontan bila kita ‘lepak’ bersama rakan tidak kira di kedai kopi atau di mana saja. Beza pula lawak serius lebih merujuk pada peranan pelawak dalam menghiburkan penonton. Tujuan SS cakap topik lawak bukan bermaksud mengajak pembaca berlawak.  Sebaliknya, SS tertarik berkongsi kisah beberapa pelakon yang menjayakan satu program berkonsep komedi. Rasanya biarlah SS rahsiakan nama pelakon dan program berkenaan demi kebaikan mereka.


 Takpe.. Biar US bongkarkan siapa mereka ni.. BIar pembaca sendiri nilaikan betul atau tidak apa yang dipertontonkan secara komedi tu.. US xsuka berselindung macam SS. Sebenarnya demi kepentingan SS yang xnak gtau tu.. malu la kalau orang tau macamana SS ambil maklumat.. Tengok video atas tu k..


SS kebetulan menonton program itu menerusi satu laman sesawang popular selepas seorang rakan SS memberitahu ada program yang sindir kerja wartawan hiburan. Dalam program itu digambarkan beberapa wartawan hiburan yang sering dilabel berperwatakan lelaki lembut menemubual seorang pelakon wanita popular. Oleh kerana program itu komedi, jadi produser program berkenaan cuba menggunakan aksi wartawan hiburan sebagai elemen komedi. Apa yang dipertontonkan, wartawan hiburan bertanya pelbagai soalan ‘panas’ termasuk kisah peribadi pada artis itu. 

Baru tengok ke SS.. macam mana nak jadi wartawan ni.. lembab..kehkehkeh..


Untuk memperlihatkan komedi pada sudut watak wartawan hiburan, watak pelakon wanita popular itu pula lebih kelihatan serius menjawab setiap persoalan yang diajukan. Malangnya, apabila artis wanita popular itu berkata sesuatu, wartawan hiburan pula bersikap manipulasi kenyataan itu dengan menokok tambah dan mengubah cerita menjadi negatif. 

Sebenarnya..memang macam tu la reaksi US bile amik kenyataan artis. Kalau xmanipulasi macamana nak laku. U all pun xnak baca kan.. Xgitu SS.. kite kan selalu camtu..


Memang jika duduk sebagai penonton, ia boleh dianggap jenaka mengenai hubungan antara artis dan wartawan hiburan. Sebaliknya, dari aspek profesional wartawan hiburan, apa yang dipaparkan cukup keterlaluan dan menyinggung perasaan. Bayangkan apa pandangan penonton terhadap wartawan hiburan di negara ini selepas menonton program seperti itu? SS sendiri agak terkejut menonton program ini yang pada tanggapan SS, ia bersikap menghina kerja wartawan hiburan. 

US pun terkejut SS. apa yang selalu wartawan manipulasi bagi panas cerita tu xmenyinggung artis dan keluarga artis ke? sejak bile wartawan jadi sensitif dengan dengan kerjaya dan diri manusia ni?


Sepatutnya produser harus lebih berhati dan peka dengan sensitiviti seperti ini. Jangan kerana terlalu ghairah ‘pancing’ penonton untuk naikkan rating sampaikan sambil lewa sindir wartawan hiburan. Sekadar ingatan, wartawan hiburan juga adalah golongan pekerja profesional yang sentiasa menjaga etika dan amanah majikan mereka. SS cuma bimbang jika perkara ini tidak ditegur, takut pula ia menjadi keterlaluan hingga nilai berita hiburan tidak lagi dihormati.

Kan bagus kalau SS beritahu begini kepada editor Majalah dan akhbar SS. pasti lepas ni afdlin buat wartawan pakai spek tebal, rambut sikat kemas, kasut kulit berkilat..kehkehkeh.. 

P/S : sumber daripada SOSEHSOSEH HARI2 TROLL.

No comments:

Post a Comment