Nilai Wartawan hari ni nak buka blog ni dengan cerita yang agak panas di rasakan. Yelah..wartawan sekarang ni umpama penyampai berita tidak kira hiburan, politik, negara mahupun ilmiah. Orang sekarang pun lebih percayakan surat khabar dari perkara sebenar yang berlaku.
Kita bermula dengan hiburan dulu. Alahai Wartawan nak kupas sikit perangai wartawan kita dalam akhbar no.1 negara katanya yang penuh dengan iklan-iklan yang tiak pasti benar atau palsunya. Kalau dilihat akhbarnya penuh dengan MLM dan skim cepat kaya je. Hari ni kita lihat bahagian SOSEH-SOSEH.
Isu komen menjadikan wartawan berang apabila selebriti yang dinyatakan tidak memberi kerjasama. Yelah, Tiada komen umpama tiada berita lah. tiada berita macam xbuat kerja, xbuat kerja kena marah lah.. mau x berang..kehkeh.. sebab tu wartawan wartawan selalu di umpamakan dengan "Derita bagi kami, Rezeki bagimu".
Atas dasar itulah "SS" keluarkan kenyataan bermula dengan perkataan 'nasihat' agar lebih lembut tapi berbisa..kehkeh..
Sudah tahu selebriti itu bukan orangnya, kenapa perlu di ambil komen. Untuk dipanaskan lagi? dan akhirnya semakin hangat sehingga artis yang xbersalah nampak bersalah di mata peminat?? lebih panas lebih laku.. tak gitu SS?
SS juga ada nyatakan artis perlu bersifat profesional memberi balas/komen sama ada positif mahupun negatif. MAri kita lihat sama ada SS mahu memberi reaksi atau tidak dengan isu negatif seperti ini.
No comments:
Post a Comment