Wednesday, February 23, 2011

Wartawan Melodi Mencarut??

Wah bukan main seronok lagi wartawan melodi kita ni mencarut di laman sosial facebook. Perkataan yang ditujukan kepada rakan-rakan Fb beliau seperti menjerat diri sendiri seperti mana beliau terjah rakan-rakan artis yang mengeluarkan kata-kata kesat di laman sosial. Apa cerita sekarang? mana sensitiviti perkataan yang selalu wartawan ni perkatakan?? atau hanya untuk menaikkan ranking rancangan sendiri??? OH Wartawan Melodi..

Zuan Azmi Perli Diri Sendiri..



Wartawan 'PANAS' ni xsedar atau buat2 xsedar. Apa yang dilihat adalah FB yang mana telah ramai FBrian yang mula memperlekah dan menegurnya sehingga Zuan Azmi telah rasa populariti nya sedikit jatuh. makin naikkan bile bagi kontroversi. Bukan begitu ke konsep melodi?kehkehkeh.. Mari kita rungkai apa sebenarnya yang nak de ketengahkan  dalam wall post Zuan Azmi tu..


MEDIA MMG BANYAK KEGUNAANNYA. TAPI APA YANG PELIKNYA, TERLALU BANYAK ANASIR JAHAT YANG MENGGUNAKAN FB UNTUK KEPENTINGAN RANCANGAN SENDIRI. BUKAN SAHAJA LAPORAN AKHBAR MALAH BOLEH LIHAT SENDIRI BAGAIMANA MEDIA HIBURAN MENYEBABKAN PENCERAIAN, PERGADUHAN DAN SIFAT2 TAK ELOK BUDAYA REMAJA KITA. APA KATA ZUAN AZMI MENGGUNAKAN MEDIA UNTUK MEMPERBETULKAN KEADAAN MEDIA HIBURAN YANG MELEBIHKAN KONTROVERSI.

BOLEH ZUAN AZMI?????



Tuesday, February 15, 2011

USAHSOSEH : Wartawan Xterima kenyataan sinis wakil artis Malaysia..




BERLAWAK spontan dan membuat lawak secara serius menjadi dua perkara berbeza. Selalu berlawak spontan bila kita ‘lepak’ bersama rakan tidak kira di kedai kopi atau di mana saja. Beza pula lawak serius lebih merujuk pada peranan pelawak dalam menghiburkan penonton. Tujuan SS cakap topik lawak bukan bermaksud mengajak pembaca berlawak.  Sebaliknya, SS tertarik berkongsi kisah beberapa pelakon yang menjayakan satu program berkonsep komedi. Rasanya biarlah SS rahsiakan nama pelakon dan program berkenaan demi kebaikan mereka.


 Takpe.. Biar US bongkarkan siapa mereka ni.. BIar pembaca sendiri nilaikan betul atau tidak apa yang dipertontonkan secara komedi tu.. US xsuka berselindung macam SS. Sebenarnya demi kepentingan SS yang xnak gtau tu.. malu la kalau orang tau macamana SS ambil maklumat.. Tengok video atas tu k..


SS kebetulan menonton program itu menerusi satu laman sesawang popular selepas seorang rakan SS memberitahu ada program yang sindir kerja wartawan hiburan. Dalam program itu digambarkan beberapa wartawan hiburan yang sering dilabel berperwatakan lelaki lembut menemubual seorang pelakon wanita popular. Oleh kerana program itu komedi, jadi produser program berkenaan cuba menggunakan aksi wartawan hiburan sebagai elemen komedi. Apa yang dipertontonkan, wartawan hiburan bertanya pelbagai soalan ‘panas’ termasuk kisah peribadi pada artis itu. 

Baru tengok ke SS.. macam mana nak jadi wartawan ni.. lembab..kehkehkeh..


Untuk memperlihatkan komedi pada sudut watak wartawan hiburan, watak pelakon wanita popular itu pula lebih kelihatan serius menjawab setiap persoalan yang diajukan. Malangnya, apabila artis wanita popular itu berkata sesuatu, wartawan hiburan pula bersikap manipulasi kenyataan itu dengan menokok tambah dan mengubah cerita menjadi negatif. 

Sebenarnya..memang macam tu la reaksi US bile amik kenyataan artis. Kalau xmanipulasi macamana nak laku. U all pun xnak baca kan.. Xgitu SS.. kite kan selalu camtu..


Memang jika duduk sebagai penonton, ia boleh dianggap jenaka mengenai hubungan antara artis dan wartawan hiburan. Sebaliknya, dari aspek profesional wartawan hiburan, apa yang dipaparkan cukup keterlaluan dan menyinggung perasaan. Bayangkan apa pandangan penonton terhadap wartawan hiburan di negara ini selepas menonton program seperti itu? SS sendiri agak terkejut menonton program ini yang pada tanggapan SS, ia bersikap menghina kerja wartawan hiburan. 

US pun terkejut SS. apa yang selalu wartawan manipulasi bagi panas cerita tu xmenyinggung artis dan keluarga artis ke? sejak bile wartawan jadi sensitif dengan dengan kerjaya dan diri manusia ni?


Sepatutnya produser harus lebih berhati dan peka dengan sensitiviti seperti ini. Jangan kerana terlalu ghairah ‘pancing’ penonton untuk naikkan rating sampaikan sambil lewa sindir wartawan hiburan. Sekadar ingatan, wartawan hiburan juga adalah golongan pekerja profesional yang sentiasa menjaga etika dan amanah majikan mereka. SS cuma bimbang jika perkara ini tidak ditegur, takut pula ia menjadi keterlaluan hingga nilai berita hiburan tidak lagi dihormati.

Kan bagus kalau SS beritahu begini kepada editor Majalah dan akhbar SS. pasti lepas ni afdlin buat wartawan pakai spek tebal, rambut sikat kemas, kasut kulit berkilat..kehkehkeh.. 

P/S : sumber daripada SOSEHSOSEH HARI2 TROLL.

Wartawan Melodi 'PANAS' Dengan Peminat..



Kenyatan Wartawan Melodi di dalam Facebook yang menyatakan mengenai tiada penukaran pengacara di dalam Melodi bertukar PANAS. Beliau "Zuan Azmi" yang popular dalam segmen bikin panas kini betul-betul PANAS apabila ada yang menyatakan cara beliau mengendalikan segmen panas tidak best..(mmg xbest pun) xde Xfaktor..kahkahkah.  beliau yang rasa dirinya sudah cukup bagus menegur dengan cara yang sinis dengan agar tidak menonton MELODI sekiranya tidak berminat. Dan menyuruh membuat rancangan sendiri. Beliau juga menyatakan apa yang di laporkan akhbar adalah kurang tepat. Adakah ini memang selalu terjadi bagi wartawan hiburan kita di masa ini. Semuanya yang dinyatakan adalah 'kurang tepat' hanya untuk menjual rancangan, akhbar, majalah, ataupun blog..kehkeh..




p/s : Gambar diletakkan bagi penilaian sendiri oleh pembaca. xdela berita yang "kurang tepat" ini dipercaya bulat2 oleh pembaca seperti wartawan2 hiburan kita..kehkeh..



p/s : berikan pandangan anda tentang berita/gosip/soalan apa yang akan dikeluarkan oleh "ZUAN AZMI DAH PANAS", sekiranya yang mengeluarkan kenyataan seperti itu terhadap peminat adalah artis tempatan kita?

Thursday, February 10, 2011

Wartawan manipulasi artis untuk jual cerita.

KUALA LUMPUR, 10 FEB, 2011: Pengacara, pelakon dan penyanyi dangdut popular Ifa Raziah kecewa dan terkilan dengan tindakan sebuah portal hiburan yang dianggap cuba memanipulasikan kisah dirinya berkenaan isu memaki hamun dan marah-marah di dalam akaun Twitter peribadinya.

Terkejut dengan apa yang dilaporkan, kata Ifa, apa yang ditulis tidak seperti yang apa diperkatakan dan jelas portal tersebut mempunyai agenda untuk menjatuhkan dirinya.

"Saya tak faham kenapa, portal hiburan tersebut panjangkan isu ini. Memang, wartawan daripada portal hiburan tersebut ada menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan tentang perkara itu tapi saya kecewa apabila ada yang saya tak cakap, dia pandai-pandai tulis. "Saya tak sebut pun siapa yang saya marah atau maki dalam twitter saya, tapi wartawan tu telah tulis nama si polan tersebut dan siap pulak letakkan pula gambarnya sekali.

"Lebih mengecewakan saya ialah dia juga turut letak pula segala status twitter saya yang marah-marah serta bergaduh dengan peminat. Kenapa tak diletakkan sekali status twitter saya yang dah berdamai dengan peminat. Apa motif mereka buat begitu dan seolah-olah ada agenda nak jatuhkan saya," katanya kesal dengan apa yang berlaku.

Perkara tersebut timbul setelah baru-baru ini Ifa meluahkan perasaan di twitter tentang rasa ketidakpuasan hatinya terhadap si polan tersebut serta turut berperang twitter bersama peminat hiburan yang bukan pengikutnya.

Kata Ifa, dia amat kecewa apabila portal berkenaan menulis isu pergaduhannya bersama pengikut twitter disebabkan oleh status marahnya pada si polan tersebut, padahal pergaduhannya bersama mereka adalah disebabkan perkara lain.

"Sepertimana yang diketahui ramai, peminat saya seringkali menggelarkan diri saya sebagai diva, Ratun Suntik dan sebagainya. Namun, segelintir peminat yang bukan pengikut saya tidak boleh terima hakikat ini. Mereka juga marah. Sebab bagi mereka gelaran diva hanya untuk Datuk Siti Nurhaliza dan Azwan Ali sahaja bukan untuk saya.
"Mulanya saya rasa bengang juga dengan tindakan mereka itu. Tapi, kemudian saya cuba bersikap cool. Saya tanya mereka semula, apa salah mereka membenci saya hingga tahap sebegitu. Lagipun, bukan saya yang minta diberikan gelaran diva.
"Akhirnya selepas menjelaskan segala-galanya, saya mula faham mengapa bersikap begitu. Saya katakan saya tidak mahu gelaran diva itu. Cukupkah kalau mereka anggap saya ni Ratu Suntik. Bila dengar saya cakap macam tu, mereka happy. Akhirnya, saya okey, mereka pun okey dan kami pun berdamai. Malah, mereka juga sudah mula menjadi pengikut saya di Twitter.

"Tapi, episod berdamai itu tak pula dicerita, itu yang membuatkan saya sangat kecewa," jelasnya.

Mengulas mengenai kemarahan dalam twitter terhadap si polan yang dimaksudkan, tutur pelantun lagu Ser Ser Ser ini, apa yang ditulis itu hanyalah luahan perasaannya.

"Saya rasa semua orang tahu twitter adalah platform itu sesiapapun meluahkan apa yang ingin mereka luahkan. Jadi apabila saya marah atau maki mesti bersebab dan terpulang pada saya untuk nak tulis apa pun. Tapi itu hanyalah luahan perasaan saya dan saya tak pula mengatakan kemarahan itu ditujukan kepada si A, B atau pun C.
"Mungkin, semua ini berpunca daripada sikap saya sendiri yang tidak dapat nak kawal kemarahan. Saya rasa itulah kelemahan saya yang paling besar. Tapi selepas dinasihatkan oleh segenlintir peminat, saya kembali cool. Yelah, saya ni manusia biasa. Manusia yang tak perfect. Kadang-kadang, ada benda yang saya tak dapat nak kawal kemarahan saya.
"Saya pun bukanlah manusia yang pandai. Saya pun tak belajar tinggi dan saya tahu ada segelintir pihak yang labelkan diri saya sebagai artis yang bodoh. Tapi, saya juga seorang yang cepat sedar dengan kesilapan saya. Dan, pada waktu yang sama saya kembali cool dan dapat kawal kemarahan saya. Tapi, perkara itu juga tidak diceritakan. Sedangkan, ia ada dalam facebook saya. Apa yang orang nampaknya hanyalah keburukan atau kejahatan saya. Itulah yang saya sangat-sangat kesalkan.
"Apapun, saya ingib berterima kasih kepada peminat yang masih terus menyokong kerjaya seni saya. Kepada mereka yang terasa, saya minta maaf. Hal itu bukan saja tujukan buat mereka. Niat saya, hanya nak berbaik dan berdamai. Tentang saya dan si polan itu, biarlah mahkamah saja yang menentukan. Saya mahu segalanya berakhir dengan baik dan elok," katanya.

sumber : murai.com 



NI.. kalau ifa tuju kat zubir gerenti kene kejar la ngan jubir tu..

Tuesday, February 8, 2011

Majalah MANGGA Harus Dihentikan..

MAJALAH PALING HIPOKRIT. MULA2 KITA DISAJIKAN DGN GAMBAR2 YANG MENAMBAHKAN DOSA MENGURANGKAN PAHALA. KEMUDIAN PENGAKUAN ARTIS YANG NTAH APA2 NTAH. SAMPAI CITER MASUK JAMBAN PUN KELUAR. YANG KELAKAR TU DENGAN PAKAIAN YANG TAK CUKUP KAIN N MUKA TAK TAU MALU PADAHAL JACKEL & GULATIS SELALU BUAT SALE BAGITAU SEMUA ORANG NA...K KAWIN DENGAN LELAKI BERIMAN! KEMUDIAN GAMBAR KAT KOLAM RENANG. WAJIB ADA OK. YANG PALING BEST N TAK MASUK AKAL TU ADA LAK BAB AGAMA. AKU RASA MAJALAH MCM NI MENJATUHKAN MARUAH AGAMA KITA YANG SUCI NI. JUST A PIECE OF SHIT! NO WONDER LA KAWAN2 LELAKI AKU PANGGIL MAJALAH NI MAJALAH @#!*&% -Maria Estralita-


Surat Terbuka Kepada Pihak Berkuasa, Menteri, Ibu Bapa, Saudara Se-agama..

Tan seri/Dato' seri/ Dato/ Datin/ Tuan/ Puan..

Saya mewakili diri saya sendiri, ingin bertanya kepada pihak yang terlibat tentang majalah MANGGA di negara ini yang bagi saya (dan ramai rakyat Malaysia) seperti majalah playboy(lucah). meletakkan gambar-gambar artis yang menayangkan badan separuh bogel untuk melariskan lagi jualan majalah mereka.. apa cer?

Daripada kajian saya, rupa-rupanya ada lagi manusia melayu yang xsedar bagaimana media terutamanya majalah yang memberi impak yang besar terhadap remaja sekarang. Majalah Mangga tidak mengendahkan tentang remaja yang terikut2 fesyen baju yang seksi yang diperagakan artis.di mana letaknya agama dan adat masyarakat kita? atau editor dan wartawan tidak mengendah semua ini.. hanya memikirkan keuntungan supaya majalah laris?

terdapat banyak kajian mengenai gejala terikut2 remaja terhadap artis yang mana di sampaikan oleh Media..

"bersesuaian dengan Teori Pembelajaran Sosial Bandura (1973) yang merumuskan bahawa perkara utama yang sering dipelajari oleh kanak-kanak dan remaja ialah melalui permerhatian terhadap tingkah laku, pakaian dan attitude orang lain terutamanya artis yang menjadi perhatian ramai. Bandura(1973) juga menyatakan, pemerhatian terhadap pelbagai watak, suasana dan pakaian dalam televisyen dan majalah telah menyebabkan remaja melakukannya dalam dunia yang sebenar.Proses peniruan ini akan lebih lebih kerap berlaku apabila pelajar terdedah kepada tayangan media dalam jangka masa yang panjang."


"Satu lagi teori sosiologi ialah teori pengaruh sosial informatif yang menjelaskan bahawa remaja dalam proses pembinaan identiti mengumpul pelbagai maklumat tentang persekitaran mereka, personaliti idola mereka, dan tentang hal ehwal diri mereka. Maklumat yang diperoleh dikongsi bersama-sama rakan dan ia membentuk bank maklumat(informationbank)bagi kumpulan. Perkumpulan individu membina imejimej yang mereka gemari.mereka terpikat dengan imej kebebasan, gaya unik, berani, ranggi, dan tahanlasak (Eiser, 1980; Eiser, 1985; Chassin & rakan 1985; Collins & rakan 1987; Chassin,Presson, & Sherman, 1990; Gottlieb, 1985; Hall & Wellman, 1985)."


Jadi soalan saya terhadap pihak tuan..

1) Kenapa pihak kerajaan dan agensi yang bertanggungjawab tidak memantau (atau tidak ambil kesah) tentang perkara yang dikeluarkan oleh Majalah teruatamanya majalah MANGGA sehingga ia boleh dibeli dan di baca oleh remaja kita yang meningkat naik dan mudah terikut2. adakah di sebabkan ia merupakan majalah hiburan sehingga isi dalamnya tidak diambil kira (gamba2 separuh bogel artis) yang lebih mirip seperti majalah lucah. atau pihak tuan juga suka membaca majalah yang mempunyai isi kandungan seperti ini?

2) Adakah pihak tuan akan terus membiarkan orang-orang melayu yang beragama islam ini..(saya tidak pasti agamanya. yang pasti namanya melayu) terus mengeluarkan majalah ini. yang mana pasti akan merosakkan bangsa kita.. apa gunanya negara maju jika sikap, pakaian dan pengeluaran negara kita tidak melambangkan agama negara kita. atau kita teruskan sahaja tanpa kira hal ehwal agama yang kita anuti. teuskan sahaja majalah lucah ini?

3) saya tidak pasti jika pihak tuan keliru atau tidak.. yang pasti penulis majalah ini juga keliru dengan jantina dirinya sendiri(MAMA JUWIE). adakah kita mahu biarkan penulisan2 beliau yang akan mempengaruhi remaja-remaja kita. atau beliau sendiri ada agenda sendiri untuk mengelirukan remaja2 kita agar spesis keliru jantina ini terus bertambah.. xgitu mama juwie?

4) Dah la.. Lantak tuan la nak fikir dan buat apa..


di sini saya lampirkan gambar-gambar di dalam majalah tersebut jika pihak tuan tidak pernah atau malas nak ambil tahu dengan isu ini dan jika pihak tuan xkisah anak-anak tuan puan berpakaian seperti ini. atau pihak tuan berfikiran lantaklah anak aku tak pakai camtu anak orang lain adalah..apa aku kisah.. xterfikirkah tuan semua renaja di malaysia ini adalah anak bangsa kita?..





apa cerita bang? adakah gamba sebegini yang patut dipertontonkan. habis lurah ditunjuk. gaya menggoda. HANEZ SURAYA ni org melayu atau org islam?


Adakah gamba sebegini yang patut dipertontonkan? editor mahu anak2 mereka berpakaian seperti ini? artis atau wartawan harus dipersalahkan. dua2.. wartawan bodoh xtahu mana harus dipertontonkan.. atau wang ringgit dah selubungi jiwa?

Xperlu lah ditambah gambar lagi.. makin jelik makin pelik bila diselongkar lebih lagi. belum dimasukkan lagi cerita-cerita bodoh yang dikeluarkan oleh wartawan2 majalah mangga ni..ape ke he nye yeop..

Lihat sahaja berapa fan page di facebook sudah di hasilkan bagi menghentikan majalah ini. mana pergi pihak bertanggungjawab. mana pergi sensitiviti media. mana pergi wartawan? atau wartawan xperlu war-war perkara sebegini bagi membantu wartawan lain merosakkan anak bangsa sendiri?


Wartawan "ugut" selebriti.

Nilai Wartawan hari ni nak buka blog ni dengan cerita yang agak panas di rasakan. Yelah..wartawan sekarang ni umpama penyampai berita tidak kira hiburan, politik, negara mahupun ilmiah. Orang sekarang pun lebih percayakan surat khabar dari perkara sebenar yang berlaku.

Kita bermula dengan hiburan dulu. Alahai Wartawan nak kupas sikit perangai wartawan kita dalam akhbar no.1 negara katanya yang penuh dengan iklan-iklan yang tiak pasti benar atau palsunya. Kalau dilihat akhbarnya penuh dengan MLM dan skim cepat kaya je. Hari ni kita lihat bahagian SOSEH-SOSEH.



Isu komen menjadikan wartawan berang apabila selebriti yang dinyatakan tidak memberi kerjasama. Yelah, Tiada komen umpama tiada berita lah. tiada berita macam xbuat kerja, xbuat kerja kena marah lah.. mau x berang..kehkeh.. sebab tu wartawan wartawan selalu di umpamakan dengan "Derita bagi kami, Rezeki bagimu".

Atas dasar itulah "SS" keluarkan kenyataan bermula dengan perkataan 'nasihat' agar lebih lembut tapi berbisa..kehkeh..



Sudah tahu selebriti itu bukan orangnya, kenapa perlu di ambil komen. Untuk dipanaskan lagi? dan akhirnya semakin hangat sehingga artis yang xbersalah nampak bersalah di mata peminat?? lebih panas lebih laku.. tak gitu SS?

SS juga ada nyatakan artis perlu bersifat profesional memberi balas/komen sama ada positif mahupun negatif. MAri kita lihat sama ada SS mahu memberi reaksi atau tidak dengan isu negatif seperti ini.